Semua tahu yang filem Polis EVO adalah filem terbaik sepanjang tahun 2015 dan merupakan filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman dengan kutipan sebanyak RM 17.30 juta yang mula ditayangkan 17 September 2015 di seluruh pawagam tanah air dan sekarang sedang ditayangkan di Astro Ria.
Memandangkan filem ini mendapat kutipan tertinggi sepanjang zaman dan ramai yang bercerita tentang kehebatan filem lakonan mantap Zizan Razak danShaheizy Sam ini, sudah pasti filem ini mendapat perhatian umum.
Tetapi, tahukah anda filem Polis EVO ini mempunyai kesilapan yang agak ketara dan dengan kata lain, tidak logik.
1) Khai melompat di tempat yang sangat sempit – Khai melompat ke arah hadapan kereta dengan jarak yang agak jauh tetapi tidak mengenai kereta tersebut.
2) Monopod serta handphone Khai ghaib – Selepas membunuh semua penjenayah, Khai keluar dari kawasan tersebut dengan melenggang dan tangan tidak memegang apa-apa, sampai di luar kawasan tersebut tiba-tiba Khai menyerahkan monopod bersama handphone’nya kepada anggota nya yang berada di luar.
3) Inspektor Sani bertugas di kampung sendiri – Agak pelik dan tidak munasabah bagi seorang anggota polis yang berpangkat Inspektor terus bertugas di negeri kelahiran sendiri (Terengganu), lebih-lebih lagi berdekatan dengan kampungnya sendiri. Biasanya, anggota Polis akan bertugas luar dari negeri sendiri sekiranya baru bertugas. Inspektor Sani mungkin baru bertugas sekitar 4 hingga 5 tahun kerana pangkat masih Inspektor dan usianya yang masih muda.
4) Pegawai Polis simpan baju seragam dan barang-barang peribadi dalam locker – Seorang pegawai polis yang berpangkat Inspektor seperti Inspektor Sani dan Inspektor Khai mempunyai bilik pejabat mereka tersendiri. Inspektor Khai adalah seorang detektif yang membantu tugas Inspektor Sani sudah pasti beliau tidak memerlukan locker untuk menyimpan baju seragam.
5) Pegawai Polis ditembak bertalu-talu di bahagian dada tetapi cedera sahaja – Keempat-empat anggota polis di hospital ditembak dengan berdas-das peluru di bahagian dada, tetapi dilaporkan cedera sahaja. Hebat!
6) Kereta bergerak sendiri tanpa pemandu – Kereta proton Preve yang mengejar penjenayah terbalik apabila melanggar kereta rakannya sendiri, yang peliknya kereta tersebut tiada pemandu. Mungkin pemandu sempat keluar dari kereta tesebut?
7) Tangan Khai kalis asid – Semasa Khai memutuskan tali yang digunakan penjenayah mengikat tanggannya menggunakan asid sulfurik, asid tersebut sudah pasti terkena tangannya. Namun, hanya tali tersebut sahaja yang putus dan tangannya tiada cedera langsung!
8) Telefon tanpa wayar – Telefon di pondok atau markas pemprosesan dadah berdering semasa polis menggeledah kawasan tersebut. Telefon tersebut tidak memerlukan wayar memandangkan pondok tersebut di tepi laut dan tiada sebarang tiang telefon di kawasan tersebut.
9) Serbuan besar-besaran hanya memerlukan 4 anggota sahaja – Selepas serbuan pertama tidak berjaya bersama-sama Unit Tindakan Khas (UTK), Inspektor Khai dan Sani membuat serbuan sekali lagi dengan hanya bantuan 2 anggota sahaja.
10) Bom meletup bawah sampan – Bom yang diletakaan oleh Inspektor Sani dan rakannya di bawah sampan penjenayah meletup sebaik sahaja sampai di darat. Bom tersebut diletakkan di bawah sampan, tetapi sampan tersebut kekal sempurna dan tidak bergoyang sebaliknya bom tersebut meletup di atas sampan.
Tahniah kepada filem Polis EVO kerana berjaya mengutip kutipan tertinggi dan diharap Polis EVO 2 nanti dapat memperbaiki slot dan kesan khas (CGI) walaupun nampak remeh.
22 comments
Otak sempit koni
ni kan cter je ponn... nk amik serius g duk dlm gua...
pasal tak ambik serius lah filem malaysia banyak yang merapu.. research kurang, bad comment tak terima, last2 slh kn penonton tak tgk filem melayu... tapi pape pn tahniah.. Good job utk Polis Evo...
Kalau pergi check semua tu secara teliti memang lahh ada yg tak logik. Tapi cer fikir, ada ke orang tengok sesuatu movie tu, betul betul dye zoom nya kat semua masalah cam kat atas tu. Haihhhh, come on lahh. Niat nak cerita masalah filem malaysia tu da betul, tapi tak perlu kowt nak tunjuk semua tu. Da kira cam menjatuhkan filem malaysia plaaa. Kalau nak diikutkan, movie fast 6, fast 7, transformers. Rasa nya kalau zoom, tengok secara teliti, ada je yg tak logik nyaa. Kann ? Tapi kenapa still cakap filem hollywood tu gempak. ☺ Chill lahh, filem malaysia ni kan 'still learning'. So support je, jgan complaint sampai camtu. Apa kata kita plaaa buat filem sendiri, agak agak ramai tak orang nak tengok ?? Hehe, tepuk dada tanya lah selera. Assalamualaikum.
dengki ke apa? biasa la crita .. bodoh
Nampak pun cerita aksi komedi.. ok la tu.. telepon takde wayar..hahaha lawak giler seyh...
memalukan polis dari sudut fakta....polis malaysia ada SOP.....kalau org luar tgk comfirm dia ingat dibawah SOP polis....
1. tak perlu susah2 bawa banduan - SOP polis stiap pesalah mesti dibicarakan sebelum dibukikan bersalah di mahkamah...bukan main tembak je lain la SWAT/UTK di tempat awam kerana kehadiran penjenayah di tempat awam....
2.lepas ins sani dan khai kantoi dan kemudian lepas dari ikatan penjenayah.....mereka balik ke IPK KT...uitss....xda telefon ke/balai terdekat kena balik minta backup.......??????
3. tak cukup itu SOP polis akan meletakkan keluarga insp dibawah perlindungan polis kerana identiti Insp Sani sudah terdeedah...tue belum kira akai insp sani tak paham2 ke nak lindungi keluarga sendiri....
seba nya banyak tapi boleh diabaikan peluru berjuta sekeping pun tak kena, mesingan tak leh tembus bilik gypsum board dsb...tapi itu tak penting omputih lagi banyak tak logik...cuma SOP tue mmg tak logik langsung
Diorang ni bangsat .. Aku respect lgi citer mat saleh .. Ada logik skit dri citer melayu .. Smpai bile melayu nak cerdik tah la ..
Jangan kata orang lain bodoh, orang kritik sebab nk jadikan filem tempatan antara filem terbaik.. Macam kau gak dlu kecik2 bodoh bebal..tp sekarang neh dah pandai sikit, sbab apa? Sebab ada orang tegur dan ajar kau masa tu..ngerti?
Jangan kata orang lain bodoh, orang kritik sebab nk jadikan filem tempatan antara filem terbaik.. Macam kau gak dlu kecik2 bodoh bebal..tp sekarang neh dah pandai sikit, sbab apa? Sebab ada orang tegur dan ajar kau masa tu..ngerti?
Dia br jd polis terus posting kt trgnu walaupun org trgnu. Apa mslhnya,dh mak ayah dia keje kt johor dan dia dilahir di johor. Ic pun johor.....dh pencen ayh dia blk dok kg
Cita omputeh bnyak je org review terok..hasilnya depa blaja dr ksilapan utk x buat lagi ksalahan..apa mslhnya kalau kritik kalau kritik tu boleh membina..aku ni jenis yg kalau tgk movie kat wayang,tgk review dlu..ada je omputeh kutuk movie depa sendiri kalau benda tu memang betul..tu fakta..amek dr sudut baik,kalau kritikan tu menunjuk kesalahan yg ketara,producer n pengarah kena amek pngajaran..takkan takleh trima kritikan,kalau movie mlaysia ni perfect sgt smpai takleh d kritik tu lain crta la..jgn lupa,penonton yg menonton..bukan director,pelakon or producer je..tp btw,crta polis evo ni mmg lain dr movie yg lain n good job wlaupun ada la sikit mistakes..tapi x ketara pun..x mcm crta2 melayu yg lain.. ������������
cite je x yah lah nak komen sangat .. nak komen pon perlu pos .. perlu publish kalau niat nak tegur g antar surat kat production .. kata nak memajukan malaysia tapi yang kau buat nie memalukan semua .. bengong untuk mu nate
cerita ja kawan oiii...jenoh la kalau cerita smua kena btoi...peiiiiii oooiii...polis evo terrbaikkkkk....
mmg tak best pun jln citer dan aksi dia, tetapi apasal tetap ramai org tgk.. sbb at least citer dia ada identiti negeri, ada bahasa tempatan, tu yg jdkan citer ni best, benda yg jarang-jarang kluar kt tv skarang ni...
lakonan semata mata . bukan orang nak kaji cerita tu masa layan . agak perfect di mata dah la . sempat pulak orang nak kaji masa tu . bukak buku tulis bagai . hahaha . lawak je . gila belakon nak ada orang dlm kereta tak ke mati pelakon tu kalau kereta terbalik . hahaha . lawak gak sinopsis cerita polis evo ni .
Hai mieza amoy..boleh kenal ??
Filem Harry Potter lagi banyaknye yang tak logik..lagi lah filem Tamil jangan cerita la..
Filem sebenarnye adalah hasil garapan dan karya pengarah utk menjadi tatapan dan mesej kepada umum..jadi yg menilainye adalah kita sebagai penonton yg baik boleh diambil dan yg tak elok tu jgn diamalkan..
Bukan utk berdakwah sekadar berkongsi pendapat..
Hai mieza amoy..boleh kenal ??
Filem Harry Potter lagi banyaknye yang tak logik..lagi lah filem Tamil jangan cerita la..
Filem sebenarnye adalah hasil garapan dan karya pengarah utk menjadi tatapan dan mesej kepada umum..jadi yg menilainye adalah kita sebagai penonton yg baik boleh diambil dan yg tak elok tu jgn diamalkan..
Bukan utk berdakwah sekadar berkongsi pendapat..
Semua filem tak logik..ceritaa bertahun2..tp berlaku dlm 2 ,3 jam ja..paling lama pun cerita hindi or tamil..3 jam lebih..jd tak logik la semua cerita..hahaha
Semua filem tak logik..ceritaa bertahun2..tp berlaku dlm 2 ,3 jam ja..paling lama pun cerita hindi or tamil..3 jam lebih..jd tak logik la semua cerita..hahaha
Betul sy agree...serius try tgk citer tamil dorng genius klu buat movie.....1contoh korang pnh tgk citer LAGA asal citer tu,citer tamil.lg klu dorng buat citer xde part 2 ke part 3....means dorang x kekeringan idea.
Tak perlu ikut SOP sebenar dalam filem. Apa akan jadi kalau SOP sebenar itu dijadikan pihak tidak bertanggungjawab untuk melakukan jenayah?